Sebagai salah satu aktiviti wajib Koperasi SMKA Sultan Muhammad Bhd. telah mengadakan Mesyuarat Ayung Tahunan bagi kali ke-25 2014.
Program telah dihadiri oleh semua pelajar SMKA Sultan Muhammad sebagai ahli terbesar koperasi selain guru-guru dan para staff sekolah yang turut menjadi ahli. Mesyuarat Agung ini dipengerusikan sendiri oleh tuan pengetua sendiri Tn Hj Muhd Hairi binTamam.
Keuntungan yang diperolehi untuk tahun lepas telah dikembalikan kepada ahli-ahli koperasi dalam pelbagai bentuk antaranya sumbangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah, subsidi kemudahan untuk ahli dan pembinaan frasarana seperti anjung koperasi dan sebagainya.
Walaupun keuntungan yang dicatat untuk tahun ini agak merosot atas sebab-sebab tertentu, antaranya kelewatan peserta-peserta teution koperasi untuk menjelaskan yuran mereka dan sebagainya namun ini tidak akan menjejaskan peranan koperasi untuk terus menyumbang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para ahli. Semoga dengan kerjasama yang baik dari semua pihak khususnya para ahli akan membuahkan hasil yang besar pada tahun hadapan. Amin ya rabbal alamin
No comments:
Post a Comment