Thursday 10 November 2016

Mesyuarat Agong Koperasi 2016

Alhamdulillah hari ini Koperasi SMKA Sultan Muhammad Bhd. telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agong tahunannya untuk 2016.
Banyak idea-idea bernas yang telah dilontarkan oleh pihak guru mahupun daripada pihak pelajar dalam merancakkan lagi operasi koperasi ini pada masa akan datang.
En Adnan bin Nordin mempengurusikan Mesyuarat Agong 2016

Wakil pelajar mengambil bahagian di dalam mesyuarat Agong dengan mencadang, menyokong dan memberi pandangan yang bernas bagi merancakkan perniagaan koperasi.


Para pelajar dan guru yang dapat hadir bersama di dalam Mesyuarat Agong Koperasi yang dijalankan pada hari ini.

Saturday 5 March 2016

Perarakan Maulid Rasul 1437

Bersyukur kehadrat Allah kerana dapat turut serta memeriahkan sambutan Majlis Maulid Rasul bersama penduduk Kg Pengkalan Batu. Sambutan yang meriah ini daharapkan dapat memperkukuh kecintaan kita kepada Rasulullah dan Islam disampaing senantiasa mengingati dan mengambil iktibar dari sirah Junjungan Mulia Syaidina Muhammad.
Dalam perarakan tersebut Pasukan Pelajar Sultan Muhammad telah mendapat Johan.

Sunday 21 February 2016

Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Surau Al-Islah

Koperasi al-Madani telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan sebanyak RM1500 kepada Tabung Pembangunan Surau al-Islah SMKA Sultan Muhammad. Ini bagi mencukupkan dana pembangunan yang telah dilancarkan pada Januari yang lepas.

Monday 1 February 2016

Mesyuarat Kali Pertama ALK 2016

Bermula jam 3.30 ptg ALK bersama pengurusan sekolah untuk perjalanan Koperasi Al-Madani SMKA Sultan Muhammad. Semoga tahun ini akan lebih cemerlang dari tahun lepas.

Tuesday 13 January 2015

Sesi Temuduga Calon2 Huffaz Tingkatan 1 2015

Al-Quran yang menjadi teras kepada Islam merupakan perlembagaan ulung yang wajib dijaga, dikuasai dan difahami agar ianya mampu diterjemahkan dalam kehidupan seharian.

Untuk meneruskan usaha melahirkan Generasi Qurani SMKA Sultan Muhammad menjalankan sesi temuduga untuk memilih calon-calon huffaz bagi tahun ini. Diharapkan mereka yang terpilih akan istiqamah dalam usaha menjadi sebahagian dari ahli Al-Quran.

Monday 10 November 2014

Majlis Mesyuarat Agung Koperasi SMKA Sultan Muhammad Kali Ke-25 2014

Sebagai salah satu aktiviti wajib Koperasi SMKA Sultan Muhammad Bhd. telah mengadakan Mesyuarat Ayung Tahunan bagi kali ke-25 2014.

Program telah dihadiri oleh semua pelajar SMKA Sultan Muhammad sebagai ahli terbesar koperasi selain guru-guru dan para staff sekolah yang turut menjadi ahli. Mesyuarat Agung ini dipengerusikan sendiri oleh tuan pengetua sendiri Tn Hj Muhd Hairi binTamam.

Keuntungan yang diperolehi untuk tahun lepas telah dikembalikan kepada ahli-ahli koperasi dalam pelbagai bentuk antaranya sumbangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah, subsidi kemudahan untuk ahli dan pembinaan frasarana seperti anjung koperasi dan sebagainya.

Walaupun keuntungan yang dicatat untuk tahun ini agak merosot atas sebab-sebab tertentu, antaranya kelewatan peserta-peserta teution koperasi untuk menjelaskan yuran mereka dan sebagainya namun ini tidak akan menjejaskan peranan koperasi untuk terus menyumbang dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada para ahli. Semoga dengan kerjasama yang baik dari semua pihak khususnya para ahli akan membuahkan hasil yang besar pada tahun hadapan. Amin ya rabbal alamin