Thursday 10 November 2016

Mesyuarat Agong Koperasi 2016

Alhamdulillah hari ini Koperasi SMKA Sultan Muhammad Bhd. telah berjaya menyempurnakan mesyuarat agong tahunannya untuk 2016.
Banyak idea-idea bernas yang telah dilontarkan oleh pihak guru mahupun daripada pihak pelajar dalam merancakkan lagi operasi koperasi ini pada masa akan datang.
En Adnan bin Nordin mempengurusikan Mesyuarat Agong 2016

Wakil pelajar mengambil bahagian di dalam mesyuarat Agong dengan mencadang, menyokong dan memberi pandangan yang bernas bagi merancakkan perniagaan koperasi.


Para pelajar dan guru yang dapat hadir bersama di dalam Mesyuarat Agong Koperasi yang dijalankan pada hari ini.

Saturday 5 March 2016

Perarakan Maulid Rasul 1437

Bersyukur kehadrat Allah kerana dapat turut serta memeriahkan sambutan Majlis Maulid Rasul bersama penduduk Kg Pengkalan Batu. Sambutan yang meriah ini daharapkan dapat memperkukuh kecintaan kita kepada Rasulullah dan Islam disampaing senantiasa mengingati dan mengambil iktibar dari sirah Junjungan Mulia Syaidina Muhammad.
Dalam perarakan tersebut Pasukan Pelajar Sultan Muhammad telah mendapat Johan.

Sunday 21 February 2016

Majlis Penyerahan Sumbangan Pembangunan Surau Al-Islah

Koperasi al-Madani telah mengambil inisiatif untuk menghulurkan sumbangan sebanyak RM1500 kepada Tabung Pembangunan Surau al-Islah SMKA Sultan Muhammad. Ini bagi mencukupkan dana pembangunan yang telah dilancarkan pada Januari yang lepas.

Monday 1 February 2016

Mesyuarat Kali Pertama ALK 2016

Bermula jam 3.30 ptg ALK bersama pengurusan sekolah untuk perjalanan Koperasi Al-Madani SMKA Sultan Muhammad. Semoga tahun ini akan lebih cemerlang dari tahun lepas.